Sejarah Teknologi Pencetakan Di Tanah Melayu

Perkembangan teknologi pencetakan ini bermula di Melaka iaitu Anglo-Chinese College(ACC) dimana keperluan Abdullah Munsyi yang pada ketika itu perlu mengajar danmenterjemahkan buku-buku dalam bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu dan sebaliknya. Peralatan pencetakan ini telah dibawa masuk oleh seorang paderi yang dikenali sebagai Medhust.Abdullah Munsyi berasa kagum akan teknologi pencetakan yang dibawa masuk dandiperkenalkan oleh para paderi kerana selama ini beliau perlu menggunakan pena bagi menulisatau menyalin buku dan juga surat. Dengan bantuan daripada Abdullah Munsyi juga, beliau telahberjaya mengeluarkan buku terjemahan subjek matematik untuk anak-anak Melayu di ACC.Namun begitu, sambutan orang Melayu terhadap ACC amat dingin kerana mereka merasakananak-anak Melayu akan dilayan secara kekerasan serta akan dikristiankan. Walaubagaimana pun,masih terdapat juga segelintir anak-anak Melayu yang menuntut ilmu di ACC tetapi majoritinyaialah anak-anak Cina dan Nasrani. Kesungguhan Abdullah Munsyi yang cuba memujuk ibu bapakepada anak-anak Melayu supaya menuntut di ACC mengundang kepada fitnah oleh bangsanyasendiri yang mengatakan Abdullah sebagai paderi kerana beliau sangat rapat dengan paderi diACC serta menterjemah kitab-kitab Kristian. Hal demikian sangat mengecewakan Abdullah kerana perjuangan beliau sangat ikhlasdalam memperjuangkan pendidikan di kalangan anak-anak Melayu pada sekitar awal kurun ke-19 (Zahari A. Rashid, 2008 : 168-171). Maka dengan adanya teknologi percetakan yang telahberkembang pesat di Tanah Melayu, ia telah memudahkan akhbar-akhbar di negeri-negeriMelayu terutamanya di Negeri-Negeri Selat (NNS) diterbitkan serta memudahkan penyebaransemangat nasionalisme dan penyebaran agama Islam dalam kalangan orang Melayu di seluruhnegeri-negeri di Tanah Melayu. Peranan akhbar ini telah bermula sekitar penghujung abad ke-19iaitu pada 1876 apabila golongan Jawi Peranakan telah menubuhkan sebuah persatuan diSingapura yang bertujuan untuk membuka sebuah kedai percetakan dan mereka juga telahmenerbitkan sebuah akhbar mingguan dalam Bahasa Melayu. Akhbar itu telah dinamakansebagai Jawi Peranakan yang telah memuatkan berita-berita dalam dan luar negeri yang terkini,menolong memajukan pelajaran anak negeri, dan membantu memberikan keselarasan kepadabahasa Melayu yang sedang menerima perubahan pada ketika itu. Oleh yang demikian, dengan adanya perkembangan yang telah dibawa oleh golongan Jawi Peranakan ini, ia telah membawakesedaran terhadap orang Melayu agar mencari alternatif untuk menerbitkan akhbar bagimelepaskan Tanah Melayu yang pada ketika itu daripada cengkaman penjajahan British.