Tragedi Pembunuhan Di Lawas Sarawak

Satu kejadian ngeri telah berlaku membabitkan kes pembunuhan dan pergaduhan di kawasan Lawas Sarawak. Kes ini difahamkan terjadi disebabkan ada kaitan dengan dadah.
Apabila berlakunya kes pergaduhan dan pembunuhan, sudah tentu kita akan membayangkan kes ini seperti satu perkara yang biasa terjadi. Namun kejadian yang berlaku ini memang sungguh mengejutkan dengan kekecohan yang berlaku di Lawas, Sarawak. Beberapa keping gambar yang diterima ini menunjukkan satu situasi yang tidak patut berlaku di negara kita yang tercinta. Polis Diraja Malaysia (PDRM) layak diberi pujian kerana segera mengawal keadaan namun rasanya masih banyak yang perlu mereka lakukan bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang. Kejadian ini merupakan kejadian pergaduhan paling serius berlaku di daerah Lawas setakat ini. Sementara itu, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung mengingatkan penduduk di daerah Lawas termasuk anggota polis dan ketua masyarakat agar mengambil peranan masing-masing bagi memastikan tidak timbul insiden tegang berikutan kes pembunuhan kejam agar tidak lalai dengan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan keamanan dan keselamatan terus terjamin di daerah Lawas. Satu mesyuarat diadakan bersama ketua masyarakat Lawas bagi membincangkan aspek ketenteraman di daerah Lawas. Gambar Pergaduhan Di Lawas Serawak Video Pergaduhan Di Lawas Video Pembunuhan Di lawas Pembunuhan Kejam Di Lawas Pergaduhan Kerana Dadah Bergaduh Perebutan Kuasa