Video Pergaduhan Di Ibu Pejabat PKR

Satu pergaduhan telah tercetus diantara dua kumpulan kira-kira pukul 12 tengah hari tadi di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat.



Pergaduhan tercetus apabila kedua-dua kumpulan,Barisan Bersatu Nambikkai dan PKR cuba menimbulkan provokasi di antara satu sama lain.Insiden tersebut dapat dileraikan 10 minit kemudian dengan bantuan 30 anggota polis.Seramai 30 orang ahli Barisan Bersatu Nambikkai dan 50 orang ahli PKR terlibat dalam pergaduhan tersebut.