Video Suami Belasah Isteri Mengandung 5 Bulan

Seorang wanita yang dikenali sebagai Amanda Fong, 19, mengambil keputusan menyiarkan rakaman CCTV yang menunjukkan bagaimana dia cedera setelah dibelasah suaminya di dalam akaun Facebooknya sendiri baru-baru ini.

Suami dera Pukul isteri Hamil

Amanda yang mendakwa mengandung dua bulan itu berkata, dia mengambil pendekatan tersebut demi mempertahankan haknya.

” Saya mahu berkongsi pengalaman dengan anda di luar sana bagaimana suami saya mendera saya dengan begitu teruk sekali.

” Saya sudah letih hendak melalui kehidupan yang teruk sebegini, saya telah dituduh, dimalukan mental dan fizikal.

” Apa reaksi anda sekiranya anda berada di tempat saya dan ianya berlaku kepada ahli keluarga anda sendiri?,” kata Amanda.


Malah dalam akaun FBnya itu, Amanda turut memuat naik foto-foto kecederaan yang dialaminya.