Yuna Layak Tercalon Dalam MTV European Music Awards (EMA) 2012

Ini bukan kali pertama Yuna tercalon dalam anugerah bertaraf antarabangsa apabila sebelum ini menjadi salah seorang calon dalam 25th Nickelodeon Kids’ Choice Awards.



Kali ini, berani kami katakan yang pencalonan Yuna lebih serius dalam MTV European Music Awards (EMA) 2012 yang akan berlangsung pada 11 November 2012 nanti.

Yuna akan merebut gelaran Best Asian Act di MTV EMA 2012 bersama sama empat calon yang tidak kurang hebat termasuk Super Junior, EXILE, Han Geng & Jolin Tsai.

Undian secara atas talian untuk semua kategori telah di’buka bermula hari ini sehingga 9 November nanti dan menjadi tugas anda untuk memastikan kemenangan Yuna. Heh.

Alihkan skrin komputer anda ke mtvema.com/vote untuk undi Yuna sekarang dan nampaknya mereka tidak menghadkan jumlah undian dalam satu satu masa. Go!