Cara Daftar Derma Organ Secara Online

Orang ramai kini boleh mengisi borang ikrar menderma organ secara online di laman web A Gift For Life bagi memudahkan mereka menderma organ untuk menyelamatkan nyawa individu yang memerlukan.
Bagi mereka yang sudah berdaftar,kad pengikrar menderma organ akan dihantar ke rumah mereka selepas pengesahan pendaftaran dibuat pihak pengurusan laman web itu. Dengan pendaftaran secara online ini, ia mungkin dapat menggalakkan lebih ramai orang untuk menderma organ mereka bagi menyelamatkan lebih ramai nyawa yang sangat memerlukannya.