Download Halim Munan Full Movie 2012

Muat Turun MediFire Halim Munan 2012 yang mengisahkan Halim adalah anak kepada Arwah Munan dan Munah. Sejak sekolah lagi Halim selalu di ejek dan di buli oleh Ajak, Pawi dan Kimi kerana namanya iaitu Halim Munan.
Namun begitu,Halim juga suka berangan menjadi halimunan. Dia bersama kawan baiknya, Puyu suka menari puf dan berpura-pura tidak dilihat orang. Perangai itu terbawa-bawa sehingga lah Halim meningkat dewasa. Pada suatu hari, Halim telah dipukul dan dituduh orang kampung kerana mengintai Suryati, anak gadis Arsyad. Semua bukti menunjukkan Halim bersalah. Namun begitu, Munah yakin Halim tidak bersalah. Sejak kejadian itu, Halim nekad untuk membersihkan namanya. Halim pergi berjumpa Wak Mali dan meminta cara untuk menjadi halimunan. Wak Mali menyuruh Halim membawakan separuh kain kapan perempuan mati pada hari jumaat. Halim ke kampung seberang untuk mencari kain kapan seperti yang di suruh Wak Mali dan dia berjaya menjumpai kain kapan yang dikehendaki tapi belum sempat Halim menimbus kembali kubur berkenaan orang kampung datang menyerang. Halim sempat melarikan diri. Orang kampung mendekati dan melihat ke dalam lubang kubur yang di gali Halim tadi.Tiba-tba mayat yang yang berada di dalam liang lahad meloncat naik.Semenjak dari itu kampung mereka sering di ganggu pocong. Halim pula terus berlari sambil membaca jampi serapah yang diberi oleh Wak Mali. Tanpa Halim sedari dirinya telah bertukar menjadi halimunan sehinggalah dia berjumpa Puyu. Semenjak dari itu, Orang kampung termasuk Munah menyangkakan Halim hilang. Pelbagai cerita yang kurang enak tentang Halim di jaja oleh Ajak, Pawi dan Kimi. Halim yang mengetahui tentang hal ini nekad membersihkan namanya. Adakah Halim berjaya membersihkan namanya? Apakah yang terjadi dengan pocong yang menggangu orang kampung? Semua nya akan terjawab di dalam filem Halim Munan.
Download Movie Klick Sini