Video Artis Korea Wonder Girls Berbaju Kurung

Di dalam salah satu segmen yang yang dibawakan mereka ketika melakukan konsert di Stadium Negara, Sabtu lalu, lima anak muda itu kelihatan manis dengan mengenakan baju kurung corak sedondon tetapi berlainan warna.
Lebih mengujakan, apabila mereka tidak kekok dalam mengenakan pakaian itu semasa menyampaikan lagu popular berjudul Be My Baby. Penampilan unik Yu Bin, So Hee, Yenny, Lim dan Sunny itu kini telah menjadi topik perbualan hangat di Korea. Tidak kurang juga, ada diantara peminat mereka di sana sudah mula jatuh hati dengan baju kurung.