Video Mayat Mangsa Kereta Terjunam Dijambatan Pulau Pinang

Seorang kerani akaun maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabas merempuh tembok dan terjunam ke dalam laut di Km7.9 Jambatan Pulau Pinang menghala ke George Town, awal pagi ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Hanafi berkata, Tan Lean Loon, 24, dipercayai mati akibat lemas dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu. Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat mangsa dijalankan selepas Bahagian Kawalan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 3.40 pagi. Katanya, Unit Tindakan Cepat Trafik yang dihantar ke tempat kejadian mendapati sebatang tiang lampu di tempat kejadian patah dan terdapat sebuah tayar kenderaan di atas jalan. "Operasi mencari dan menyelamat oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), bomba dan polis marin dijalankan sehingga pukul 6.50 pagi. Operasi yang disambung semula pada pukul 9 pagi menemui sebuah kereta di dasar laut di kilometer 8 oleh unit scuba polis marin setengah jam kemudian..