Godam Laman Web Malaysia Kalah AFF Cup 2012

Angkara tidak berpuas hati terhadap kekalahan ditangan Malayaia dalam saingan merebut kelayakan ke semi final piala AFF 2012 kelmarin, Kumpulan penggodam Indonesia menggodam Laman web Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) sejak tiga hari lalu.
Laman web berkenaan, http://iswami.org.my didapati tidak lagi berfungsi seperti biasa malah nama penggodam, TeguhMicro dapat dibaca dengan jelas di halaman utamanya. Penggodam tersebut dipercayai merupakan peminat tegar pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia memandangkan terdapat cabaran yang berbunyi Dan besok Garuda akan menginjak Harimau Malaya dalam laman web itu. Selain itu, turut dipaparkan adalah gambar Jalur Gemilang diiringi kata-kata provokasi terhadap rakyat negara ini seperti penggunaan perkataan Malingsia yang merupakan gabungan maling ataupun curi dan Malaysia. Antara yang turut dipaparkan kata-kata semangat berbaur hasutan bagi mengajak rakyat negara jiran itu menghancurkan Malaysia. Berikut adalah petikan hasutan yang dipaparkan tersebut: Ketika harga diri telah terinjak Dan penghormatan ibu pertiwi telah terkoyak Dan seni budaya kian tenggelam Akankah kita tetap terdiam? Buka mata buka telinga Singsingkan lengan kepalkan tangan Bangunlah para pemuda bangsa Mari melawan mari hancurkan! Malaysia kelmarin mengesahkan kemaraan ke saingan separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012 setelah mengalahkan Indonesia 2-0 pada aksi terakhir kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini. Kemenangan tersebut melayakkan Harimau Malaya ke pentas separuh akhir yang bakal menyaksikan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal akan menentang juara kumpulan A, Thailand pada 9 Disember ini. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz1fR2mLsWF