BN Bakal Tumbang Lagi Di Pulau Pinang PRU13





Berikutan dengan rasa tidak puas hati dengan tiga pemimpin Barisan Nasional Pulau Pinang yang tidak tersebarai sebagai calon dalam PRU13 ini Gelombang Biru yang dilancarkan oleh Muhyiddin awal Februari lalu telah bertukar menjadi gelombang Haru biru.. 


Ini kerana lebih banyak lagi Bahagian-bahagian UMNO yang akan melancarkan protes terhadap senarai calon yang bagi PRU13 yang akan diadakan pada 5 Mei ini yang diketengahkan oleh Presiden UMNO, Najib Tun Razak. 

Dua lagi pemimpin BN dari Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe dari Gerakan dan Ketua Pemuda MIC, J Dhinagaran dikatakan sedang menimbangkan untuk meletakkan semua jawatan yang disandang mereka dalam parti dan akan bertanding sebagai Calon Bebas. 

Tiga demonstrasi telah diadakan di Kepala Batas, Seberang Jaya dan Bagan Dalam semalam oleh penyokong-penyokong UMNO yang mana pemimpin mereka samada telah digugurkan atau tidak tersenarai sebagai calon. 

Difahamkan 70% Bilik Gerakan UMNO telah tidak berfungsi berikutan dengan tindakan petugas yang kecewa kerana calon mereka tidak dipilih.. 

Sumber dari pihak tertinggi UMNO mendedahkan Kawasan Parlimen yang terlibat ialah Balik Pulau, Bayan Baru, Nibong Tebal, Permatang Pauh dan Tasek Gelugor. 

Dan satu lagi maklumat dari pihak tertinggi UMNO juga mendedahkan sekurang-kurangnya 42 Kawasan Parlimen yang sebelum ini di kuasai oleh UMNO/BN sedang bergolak dan pertempuran sesama sendiri sedang berlaku..