Halang Dan Hapukan Popup Window Firefox

Apa itu pop up? Pop-up window, atau dipangil pop-up sahaja merupakan sebuah window yang tiba tiba keluar tanpa kebenaran anda. Terdapat perlbagai saiz dan rupa tapi selalunya dia tak besar sampai penuh skrin.

Untuk browser firefox, Pop-up blocker telahpun di hidupkan secara automatic, jadi anda tak peru risau tentang cara-cara nak menghidupkan fungsi tersebut.




Apabila pop-up di halang, Firefox akan memberitahu anda melalui bar informasi di bahagian atas, betul-betul bawah location bar.


Apabila anda tekan butang "Options" pada bar tersebut, satu menu akan dipaparkan dengan beberapa pilihan seperti dibawah
- Allow/ Block pop-ups for this site
- Edit Pop-up Blocker Options...
- Don't show info bar when pop-ups are blocked (tidak digalakkan tekan option ini)
- (Show the blocked pop-up)

Kadang-kala, pop-up adalah diperlukan untuk website tertentu, terutamanya website e-banking, pendaftaran masuk dan lain-lain. Website itu sendiri biasanya akan memberi amaran bahawa anda telah menghidupkan pop-up blocker, jadi anda perlu memilih untuk mematikan fungsi blocker ini dengan menekan "Allow/Block pop-ups for this site".

Fungsi pop-up blocker adalah untuk menghalang pop-up dari keluar, namun kadang-kala ada juga pop-up yang terlepas.

Anda juga boleh memilih untuk menghalang pop-up blocker dari berfungsi untuk website yang anda pilih, iaitu dengan meletakkan website tersebut dalam senarai "Exception".

Caranya,
Pergi ke menu "Tools" dan tekan "Options"


Kemudian pergi ke panel "Content".


Tekan butang "Exception". Setelah itu, satu menu akan keluar. Di ruangan "Address of website", anda bolehlah meletakkan alamat website tersebut di sini dan tekan butang Allow.