Ketahui Asal Usul Nama Azazil


Siapa itu AZAZIL?

Bila sebut nama azazil ni mungkin korang teringatkan filem penuh kontroversi 'Sembunyi Amukan Azazil'.

Sebenarnya nama asal iblis adalah Azazil dan dia tinggal di bumi. Dia sangat taat dgn perintah Allah SWT dan telah menyembah Allah SWT selama 1000 tahun. Oleh itu, Allah SWT telah mengangkatnya ke langit pertama.

Di situ juga dia telah menyembah Allah SWT selama 1000 tahun lalu dia diangkat lagi ke langit kedua. Dia terus beribadah tanpa rasa jemu bertahun-tahun lamanya dan dia terus diangkat dari langit ke langit hingga ke syurga dan akhirnya dia telah dilantik menjadi ketua atau imam kepada semua malaikat.

Tiba suatu ketika,seluruh malaikat bermusyawarah atas undangan Allah SWT untuk menciptakan seorang khalifah di bumi iaitu Adam a.s. Seluruh malaikat sujud hormat kepada Adam kecuali Azazil kerana dia merasakan dirinya lbh hebat dari Adam a.s kerana dia dijadikan daripada api sedangkan Adam a.s drpd tanah. Akibat daripada keangkuhannya,dia telah dihalau dari syurga. Namanya telah diubah kepada Iblis dan Iblis telah berjanji untuk menyesatkan manusia serta keturunannya..