Misha Omar Tunda Kahwin Ke Tahun Hadapan 2014

Tahun ini saya sangat sibuk, bayangkan jadual saya penuh sehingga Ogos, tapi tak akan
nak kawhin bulan puasa pula kan? Jadi jangan tanya mengenai kahwin dahulu buat masa 
ini. Sebenarnya kami sudah tangguh sekali dan sepatutnya September tahun lalu. 
 
Tapi,waktu itu tunang saya belum habis peperiksaan sebelum mendapat lesen untuk 
mengendalikan pesawat Airbus. Jadi insyAllah, kami akan membuat keputusan untuk 
berkahwin pada tahun hadapan iaitu 2014,katanya kepada murai.com.my 
 
 Misha Omar memberitahu, dia tidak mahu mempersia-siakan rezeki yang datang kerana 
selepas melancarkan album keempatnya pada Mei ini dia bakal beraksi pula dalam teater Nyonya &amp; The Gang di Istana Budaya pada Jun ini.</p>
Kita jangan terlalu gelojoh. Asalkan kami membawa diri dalam perhubungan ini itu 
sudah cukup memadai kerana satu kaki kami sudah kearah itu (perkahwinan). Saya akui 
rezeki datang melimpah tahun ini mungkin sebab niat nak kahwin itu ada, jadi tuhan 
bagi rezeki begini. Usaha nak kahwin itu ada tetapi biarlah saya selesaikannya 
satu-persatu,jelasnya lagi. 
 
Misha memberitahu dia bakal mengambil cuti sekurang-kurangnya dua bulan sebelum untuk
membuat persiapan perkahwinan supaya momen hari bersejarah itu dapat dilaluinya 
dengan sempurna. 
 
 Pada saya, ini detik ini paling indah buat saya kerana akhirnya saya dapat buktikan 
bahawa gosip yang mengatakan saya sudah berkahwin itu tidak benar. Lebih indah lagi, 
akhirnya saya bertemu dengan orang yang benar-benar mahu ambil saya sebagai isteri. 
Saya mahu bila saya sudah mengambil keputusan hendak berkahwin biarlah ianya tidak 
berjalan dengan dengan tergesa-gesa dan bercelaru bersama komitmen kerja yang belum 
selesai. Jadi saya akan mengambil sebulan hingga 2 bulan untuk berehat daripada 
aktiviti seni untuk manjakan diri. Saya mahu fokus satu persatu perkara dan tak mahu 
ianya bercelaru,tambahnya lagi. 
 
Misha dan Firos telah bertunang dalam satu majlis tertutup di kediaman Misha di 
Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan pada 20 Februari tahun lalu dan telah 
bersetuju untuk bertunang selama setahun.