Pembunuh Remaja 18 Tahun Hantar Mesej Di Facebook

Seorang remaja lelaki yang disyaki teman lelaki Parhwine Kaur telah ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan kes ini dan pihak polis turut menjejaki seorang lagi suspek yang disyaki terlibat sama dalam kes pembunuhan gadis berusia 18 tahun itu. Sebelum itu Facebook (FB) milik mangsa bunuh, Parhwine Lucia Mejia Kaur, 18,telah menerima satu mesej dari seseorang yang disyaki terlibat dalam pembunuhan remaja tersebut.Mesej yang dihantar itu antaranya berbunyi “Hehe…tiada siapa boleh jumpa saya !!!! Pembunuh Parhwine Kaur” dan “bapak dia selalu cakap lebih…suruh ah tangkap aku…” dan “kenapa tangkap orang yang tak bersalah…!!!!?!?” Keratan berita kes pembunuhan remaja tersebut dibawah ini.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias ketika dihubungi berkata, pihaknya menyiasat status laman sosial yang tersebar itu bagi memastikan sama ada ia benar atau palsu. “Kita menahan seorang lelaki yang juga teman lelaki mangsa kelmarin dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh. “Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya. Harian Metro Rabu lalu melaporkan, seorang remaja perempuan ditemui maut dengan kesan luka kecil berlubang di lehernya dalam longkang padang bola sepak sebuah kawasan perumahan di Jalan Tiung 5, Puchong Jaya, dekat Serdang. Mayatnya ditemui tertiarap dengan lengkap berpakaian oleh beberapa penduduk kawasan berkenaan yang bermain bola sebelum mereka menghubungi polis.