Resepi Burger Bakar Popular

Burger bakar semangkin popular sejak kebelakangan ini dan ia sering dijadikan menu pilihan utama sekiranya keluar bersantai diwaktu malam.Ok dibawah ini ada resepi burger bakar yang mungkin boleh anda cuba buat sendiri dirumah.


Bahan-bahan ( 5 biji )

  • 1 paket daging cincang 400g (tapis airnya)
  • 1/2 biji bawang besar didadu
  • 4 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar sos bbq
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 biji telur saiz kecil
  • garam secukup rasa
  • sedikit mentega untuk grill

Cara-cara

  1. gaul rata semua bahan..kecuali mentega..
  2. bentukkan adunan menjadi doh2 kecil..tambah sedikit tepung jika adunan terlalu basah..
  3. panaskan mentega dalam pan non stick atau pemanggang ajaib..dan grilled burger dengan api kecil..
  4. hidangkan dengan roti yg disapu mentega..lapisan keju..mayonis..sos cili atau sos lada hitam..hirisan timun, tomato dan bawang besar..