Shaheizy Sam Hadiahkan Ibu Barang Kemas Bernilai RM150 Ribu

 Shaheizy Sam (kiri) menerima replika kunci kereta Nissan 370Z Coupe yang dimenanginya sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2012 daripada Mior Kamarul Shahid.




Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) iaitu pelakon Shaheizy Sam menghadiahkan set barang kemas tajaan Habib Jewels yang dimenangi khas buat ibunya, pelakon Khaty Fauziah.
Sam, 31, berkata, dia sudah berhajat untuk memberi hadiah bernilai RM150,000 itu kepada ibunya yang menjadi penyokong utamanya sejak dia bergelar pelakon.