Umno Pecat 58 Ahlinya Yang Bertanding Sebagai Calon Bebas



SHAH ALAM – Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin Umno hari ini memecat seramai 58 ahli parti itu termasuk Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas berkuat kuasa serta-merta.
Menurut laporan awal Umno Online, 61 orang telah dipecat.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disipilin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail berkata, keputusan pemecatan itu diambil selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan Umno yang menyatakan mana-mana anggota Umno yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

 
Kredit :Harian Metro Online