Video Budak Sekolah Terlampau Persendakan Solat



Lima pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Totipoli jakarta Indonesia dibuang sekolah dan berdepan hukuman ditahan di pusat juvana selepas klip video mereka mempersendakansolat sambil mendengar lagu Maroon 5 yang kini tersebar luas di internet.

 Klip video selama lima minit itu memaparkan pelajar berkenaan yang memakai kemeja-t dan seluar track, bergurau senda sambil ketawa dan menari, selepas mempersendakan solat dengan iringan lagu `One More Night;.

 Ia dimuat naik dalam internet, bulan lepas.
Susulan tindakan menghina Islam itu, anggota kumpulan Barisan Pertahanan Islam (FPI) telah mengadakan protes di depan balai polis.
Dalam pada itu, Ketua Polis Tolitoli, Rudi Mulyanto berkata, pihak sekolah serta masyarakat Islam di negara itu berasa terhina dengan perbuatn berkenaan.
“Kami kini sedang mempertimbangkan kes ini, jika ia didapati serius, maka kita akan mencadangkan kepada pendakwaraya agar mereka didakwa di mahkamah.
“Pelajar berkenaan berdepan hukuman penjara jika sabit kesalahan,’’ katanya yang tidak menyebut tempoh penjara yang boleh dikenakan ke atas mereka.
Kesemua lima pelajar itu berusia antara 17 dan 18 tahun, serta berada di gred 12.
Laporan polis telah dibuat oleh guru besar mereka selepas mendapatkan pandangan daripada majlis ulama Indonesia dan FPI.