2 Penulis Blog Ditahan Polis Atas Kesalahan Sebar Fitnah


VLUU L100, M100  / Samsung L100, M100
 
Polis mereman penulis blog pro-Umno yang dikenali sebagai Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris selama tiga hari sehingga 10 Mei ini untuk siasatan atas dakwaan menfitnah pasukan keselamatan itu dan mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman.

Menurut kenyataan di Facebook, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 / Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi 1 tahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Selain itu, Papagomo juga disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 / Seksyen 4(1) Akta Hasutan yang mana membawa hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, seorang lagi penulis blog yang dikenali sebagai King Jason pula direman dua hari sehingga esok.