Cara Mudah Hilangkan Buffering Video Dari Youtube



Entry hari ini aku nak share cara nak hack lajukan buffering video youtube.Mesti korang bengang kan kadang2 video youtube buffering lama gila!
Jadi entry hari ni aku nak ajar lah trick untuk lajukan buffering youtube.Trick ni mungkin ada yang jadi dan ada yang tak jadi.Tapi bagi aku memang berkesan.
Trick ni sebenarnya bekerja dengan "block" atau menyekat ip yang buruk dari youtube.IP buruk inilah penyebab buffering video lambat.
Tutorial ni aku buat untuk pengguna Windows, Mac dan juga Linux
Windows
1. Mula-mula buka CMD (Command Prompt).Pastikan korang "run as administrator".
2. Copy command di bawah :
netsh advfirewall firewall add rule name="YouTubePerformanceHack" dir=in action=block remoteip=173.194.55.0/24,206.111.0.0/16 enable=yes

Paste dalam CMD dan enter. Pastikan keluar perkataan Ok mcm gambar dibawah :
3. Siap sudah! Sekarang korang boleh test tengok video youtube ada perbezaan atau tidak.
4. Kalau korang rasa macam tak ada beza atau nak buang hack ni, copy dan paste command dibawah dalam cmd dan enter :
netsh advfirewall firewall delete rule name="YouTubePerformanceHack"
Mac dan Linux
1. Mula-mula buka Terminal.
2. Copy dan paste command di bawah kedalam Terminal.
sudo ipfw add reject src-ip 173.194.55.0/24 in
sudo ipfw add reject src-ip 206.111.0.0/16 in

Tekan enter. Kalau tak jadi paste satu demi satu line command.
Link Video :