Laman Web Rasmi Pergerakan Wanita UMNO Di Godam



Laman web rasmi Pergerakan Wanita UMNO di wanitaumno.my dikesan digodam sejak pagi ini.
Laman web itu digodam pihak tidak bertanggungjawab yang menukar paparannya dengan paparan lain iaitu Sofea Hana - Perjalanan Dunia Menuju Abadi.
Pihak tidak bertanggungjawab itu juga menyelit mesej mengutuk sistem pilihan raya umum yang baru berlangsung kononnya tidak adil dan penuh penipuan.
Malah, penggodam yang menggunakan nama Sofea Hana dan kononnya mengaku `rakyat prihatin’ itu turut menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan penipuan dan mengancam menuntut keadilan di jalan raya.
Paling memalukan, penggodam itu turut menyelitkan ayat suci al-Quran menerusi paparan baharu tersebut.