Polis Siasat Penulis Arikel Ahkbar Utusan Bertajuk "Apa Lagi Cina Mahu?"









Apa lagi Cina Mahu


KUALA LUMPUR - Polis telah merekod keterangan dua individu berhubung laporan akbar Utusan Malaysia semalam yang didakwa mengeluarkan artikel perkauman.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata ia berikutan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jalan Travers semalam oleh beberapa individu.

"Kami sedang kendalikan kes ini di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Setakat ini proses siasatan sedang berjalan dan kami akan berusaha menyiapkan kertas siasatan berkenaan dalam tempoh seminggu.

"Kemudian kami rujuk kertas siasatan itu kepada Jabatan Peguam Negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Khairi berkata polis juga akan merekod keterangan pihak Utusan Malaysia bagi membantu siasatan kes itu.

Laporan polis itu dibuat berikutan laporan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia semalam yang bertajuk "Apa lagi Cina mahu?".






Sementara itu Polis Kuala Lumpur menerima 476 laporan polis sepanjang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dengan laporan polis mengenai dakwat kekal mencatat jumlah paling tinggi iaitu 121.
Khairi berkata 22 laporan pula dibuat berhubung kad pengenalan yang diguna oleh orang lain pada hari mengundi, yang akan disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Empat lagi aduan berkaitan nama pengundi tidak ada dalam senarai daftar pemilih. Ini kita rujuk pada Suruhanjaya Pilihan Raya. Sebanyak 12 lagi libatkan bencana terhadap poster dan bendera sepanjang proses berkempen," katanya.

 NONE

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pada itu menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penyiaran laporan kontroversi Utusan Malaysia berjudul “Apa lagi Cina mahu?” di muka depan akhbar itu.
“Kedua, saya tahu sebab masa saya timbalan presiden Umno, presiden Umno mempunyai pegawai yang boleh memberi arahan harian kepada Utusan.
Anwar berkata, penyiaran artikel di akhbar Umno itu juga bertentangan dengan ikrar BN yang mahu menganjurkan penyatuan nasional selepas fenomena pilihan raya yang digelar mereka sebagai “tsunami Cina”.
Utusan hari ini antaranya memuatkan poin seperti berikut:
  • Para pengundi Cina yang terperangkap dengan politik perkauman DAP gagal menumbangkan kerajaan BN yang ditunjangi oleh Melayu pada pilihan raya kelmarin.
  • Percaturan pengundi Cina untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri bagi membolehkan mereka mendapat kuasa politik juga tidak kesampaian.
  • Walaupun DAP menang banyak kerusi tetapi yang memualkan, mereka masih belum berpuas hati dan mahu mengadakan protes menerusi perhimpunan haram sehingga menimbulkan perlbagai pertanyaan.
  • Antara SMS yang paling banyak diterima: “Apa lagi yang kamu mahukan wahai orang Cina.”
  • Semalam, pembangkang yang diketuai pembangkang mengadakan “silent walk” bagi memprotes keputusan pilihan raya di pusat membeli belah Mid Valley Kuala Lumpur, Sunway Carnival Prai dan Qyeens Bay Pulau Pinang.
  • Pelbagai pihak menyifatkan apa yang berlaku dalam pilihan raya umum kali ini sebagai satu pengkhianatan orang Cina yang tidak boleh dimaafkan.
Polis petang ini menulis di Twitter bahawa satu laporan polis diterima berkenaan siaran Utusan Malaysia yang berbaur hasutan.
Kes disiasat bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Sementara itu, Utusan Online petang ini juga melaporkan perdana menteri sebagai mempertahankan versi cetaknya yang mempersoalkan sokongan pengundi Cina terhadap kerajaan.
Sebaliknya beliau menyelar pihak-pihak yang sering mencari kesalahan akhbar tersebut tetapi tidak pula mempertikaikan akhbar-akhbar berbahasa Cina yang bertindak serupa.
“Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Utusan Online di di PWTC di Kuala Lumpur hari ini.