Gambar Fouziah Gous Bertunang Dengan Md Zhafran

PELAKON cantik, Fouziah Gous selamat bertunang dengan jejaka pilihannya, Md Zhafran Md Yusof, malam ini.





Cincin pertunangan disarungkan ke jari Fouziah oleh ibu Zhafran, Normah Ali.

Pihak perempuan menerima lima dulang hantaran  berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

Majlis pertunangan berlangsung di Asmara Penchala (Bora Asmara) dengan meriah sekali.

Turut hadir rakan artis, Ziela Jalil.

Isnin lalu, Fouziah mengumumkan khabar gembira di mana dirinya sudah dilamar dengan cara yang istimewa oleh Zhafran dengan menaiki helikopter, Sabtu lalu.

Pasangan ini dijangka bernikah tahun ini sekitar tiga atau empat bulan dari sekarang.