Kempen Boikot Kurma Iran Sempena Ramadan Akan Datang

Sila jangan beli sebarang Kurma keluaran Iran. Jangan berikan duit anda kepada Iran. Ini Soal Nyawa Anak2 Muslim, Wanita2 Muslim di Syria.



Siapa tidak peduli Syria khianat pada Palestin.

Maka saya mencadangkan supaya bertindak segera. Ramadan sebulan sahaja lagi. Kurma sebagai produk paling penting akan mula membanjiri pasaran. Guna kuasa pengguna di tangan kita untuk nyatakan solidariti bersama rakyat Syria dengan mengelak dari membeli kurma dari Iran.

Siapa sokong angkat tangan dan sila 'like' dan share.

Saya suka mencadangkan untuk mengelak dari membeli kurma dari Iran. Saranan ini saya buat atas inisiatif peribadi sebagai tanda solidariti saya bersama rakyat Syria yang pada hari ini dibunuh oleh Regim Basyar Assad dan dibantu secara ketenteraan terang-terangan oleh Iran yang mengirim tenteranya Revolutionary guardnya ke Syria.

Kurma Iran yang terdapat di pasaran antaranya

- Mariami
- Hossein
- Rabbi
- Rotab

Ramadan hanya sebulan dari sekarang. tempahan kurma oleh pembekal-pembekal mungkin sudah selesai. Sebagai pengguna kita ada kuasa untuk menetapkan pendirian kita. Ini soal nyawa saudara saudara kita di Syria. Sekat Basyar Assad, Iran dan Hizbu-syaitan dari terus membunuh anak-anak kita di sana. 

2013 jun 23 Malaysia Top Bloggers