Tonton Tembus (2015) Full Movie Online

Sinopsis: Tembus

Aku dekat dengan hidup engkau, engkau lebih dekat dalam hidup aku, kita masing-masing dekat dengan hidup masing-masing, kita boleh tembus hidup, tembus hingga ke darah-daging” kata watak Mazri. Tembus (2014) ialah filem arahan Ahmad Idham dimana skripnya ditulis oleh Siti Jasmina yang juga pernah bekerjasama dalam filem-filem terdahulu iaitu Niyang Rapik dan Damping Malam.

Ringkasan ceritanya begini, sepasang usahawan yang sedang di kemuncak kejayaan perniagaan iaitu Hari (Aaron Aziz) dan isterinya, Izza (Nur Fazura Sharifuddin) yang menghadapi dugaan konflik paling hebat apabila anak mereka, Zara (Mia Sara) diculik. Hari dengan bantuan pihak polis dan sahabat karibnya, Mazri (Khir Rahman) cuba menjejaki siapakah penculik Zara dan apakah motifnya?

Di sebalik kes penculikan itu, terlindung juga suatu rahsia sulit yang bakal dibongkar satu-persatu melibatkan seorang wanita bernama Marylia (Luna Maya). Anda kena serbu pawagam mulai 28 Julai 2014 sempena Hari Raya tahun ini untuk merungkai jawapannya.

 Tonton: Link1  Link2